Keupayaan elektrod piawai

Dalam elektrokimia, keupayaaan elektrod piawai, E ⊖ {\displaystyle E^{\ominus }} atau E r e d ⊖ {\displaystyle E_{red}^{\ominus }} ditakrifkan secara rasmi sebagai "Nilai daya gerak elektrik piawai suatu sel di mana hidrogen molekul (H2) di bawah tekanan piawai dioksidakan menjadi proton (H+) terlarut di elektrod sebelah kiri."[1] Ini ialah ukuran bagi kuasa penurunan/pengoksidaan bagi apa-apa sebatian atau unsur kimia.Asas bagi sel elektrokimia seperti sel galvani ialah sepasang tindak balas redoks yang terdiri daripada dua tindak balas separa: pengoksidaan di anod (hilang elektron) dan penurunan di katod (peroleh elektron). Tenaga elektrik terbentuk akibat perbezaan keupayaan elektrik antara keupayaan pada kedua-dua elektrod logam berdasarkan elektrolit.Keupayaan elektrod tidak boleh dikira dengan begitu sahaja memandangkan hasil keupayaan terbit daripada sepasang elektrod. Dengan itu, hanya satu nilai empirikal wujud bagi sepasang elektrod. Oleh itu, satu elektrod rujukan dikhususkan - elektrod hidrogen piawai yang bertindak sebagai asas kiraan. Dalam hal ini, elektrod hidrogen dinilai memiliki keupayaan 0.00 V, dan mana-mana elektrod boleh dipasangkan bersama-sama elektrod ini untuk memperoleh nilai keupayaan elektrod yang dikira. Selain itu, nilai keupayaan elektrod juga boleh dikira melalui pemasangan bersama-sama elektrod lain yang diketahui nilainya.Nilai keupayaan elektrod piawai yang lebih besar menandakan unsur itu lebih mudah diturunkan (menerima elektron), dan oleh itu, bertindak sebagai agen pengoksidaan yang lebih baik, dan begitu juga sebaliknya.